Bentuk dasar Bonsai

Pokok bonsai mungkin kelihatan sama pada pandangan orang biasa tetapi tidak bagi golongan yang mahir dengan seni bonsai ini. Setiap bonsai memiliki ciri-ciri yang berbeza dan gaya tersendiri yang membuatkannya unik. Masyarakat Cina dan Jepun sangat gemar membuat klasifikasi bonsai walaupun terdapat pelbagai jenis gaya yang telah dicipta sebelum nama-nama khas diberikan. Artis bonsai pada mulanya mereka bentuk pokok ini dan kemudian pemerhati telah mengumpulkannya dalam kategori yang boleh dikenal pasti bagi memudahkan rujukan dilakukan. Gaya bonsai telah dirangka pada dasarnya untuk memudahkan peminat merujuk berdasarkan kepelbagaian gaya bonsai berbanding menerangkannya secara terperinci. Kalsifikasi gaya bonsai ini adalah berdasarkan bilangan batang atau pokok dalam komposisi bonsai. Umumnya gaya asas bonsai ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya batang tunggal, gaya batang berganda dan gaya pokok berganda atau pokok berkumpulan.

Jenis gayaIlustrasiSebenar
Tegak Lurus (直幹, Chokkan)
  • Salah satu gaya yang paling biasa dan paling sukar untuk dihasilkan. Batang pokok tegak menghala ke atas dan tirus. Bentuknya boleh digambarkan sebagai bentuk segi tiga atau bentuk kon.

Tegak Berkelok-kelok (模様木, Moyogi)
  • Gaya bonsai yang paling popular. Bonsai ini mempunyai batang yang tirus ke atas, tetapi batang tersebut tidak menegak sepenuhnya dan bentuknya tidak simetri - malah membengkok seperti bentuk 'S'.

Sapu Terbalik (箒立ち, Hōkidachi)
  • Gaya sapu terbalik ini juga sering dilihat di alam semula jadi dan dianggap klasik. Batang bonsai ini menegak dan tersusun seakan bentuk penyapu yang berkipas dan terbalik. Gaya ini paling sesuai untuk pokok-pokok berdaun luruh dengan format bercabang halus.

Condong (斜幹, Shakan)
  • Gaya ini memperlihatkan pokok yang sangat condong malah lebih condong daripada gaya bonsai tegak lurus. Batang bonsai seharusnya tirus ke puncak dan boleh menjadi lurus (formal) atau berkelok-kelok (informal) tetapi perlu membesar pada sudut tirus dari tanah.

Tertiup Angin (吹流し, Fukiganashi)
  • Batang dan dahan-dahan pokok yang terdedah kepada tiupan angin akan menyerong ke satu arah sahaja dan sering luntur putih akibat kandungan garam dalam udara. Gaya ini melambangkan daya ketahanan tinggi terhadap rintangan.

Melata (懸崖, Kengai)
  • Gaya melata atau menjurai ini diinspirasikan daripada pokok-pokok yang tumbuh di kawasan tebing dan celahan batu. Gaya ini tidak boleh direka dengan hanya membengkokkan anak pokok setebal pensil dari tepi pasu yang tinggi kerana pokok-pokok ini tidak akan berjaya menjadi pokok bonsai yang lata. Gaya ini mempunyai kepala pokok yang pendek dan berbentuk kon dan mesti mempunyai batang yang agak tebal yang melengkung ke bawah serapat mungkin dengan titik mula ia keluar dari pasu.

Separa Melata (半懸崖, Hankengai)

Batang Kembar (懸幹, Sokan)
  • Gaya ini melibatkan dua batang yang bercabang bermula dari pangkal pokok. Ketinggian kedua-dua batang ini tidak boleh sama, agar tidak kelihatan pelik. Kebiasaannya satu batang akan lebih pendek berbanding batang yang satu lagi. Walaupun pokok ini mempunyai dua batang, secara keseluruhannya ia berbentuk kon.

Batang Banyak (多幹, Takan)

Kelompok (寄せ植え, Yos-ue)
  • Salah satu gaya bonsai yang kelihatan seperti persekitaran semula jadi hutan tetapi ia memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih dan paling sukar untuk dibentuk. Gaya ini memerlukan penanaman banyak pokok dalam coran semula jadi yang berperingkat bermula dengan pokok yang paling tinggi di tengah-tengah dan pokok yang kecil ditanam di sekeliling pokok tinggi pada ketinggian yang semakin berkurangan ke arah rim.

Akar Atas Batu

Tumbuh Dalam Batu

Menonjolkan Akar (根上り, Neagari)

Batang Bergelung (蟠幹, Bankan)

Pohon Sasterawan (文人木, Bunjinki)